Syaikul Hadits Maulana Muhammad Zakariyya
Syaikhul Hadith Maulana Haji Muhammad Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yg soleh dalam tiga bahagian:
- Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)
- Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)
- Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq)
Beliau telah berjaya sempurnakan semua diatas dg baik dan cemerlang. Dikatakan bahawa kegiatan beliau:* Belajar dan mengajar, dilaksanakan dg benar2 disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran)
Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dg penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
Tazkiah nafsu dan islah khalq, dibuat dg daya perhatian bagai pekerja gigih dlm suatu pekerjaan yg bernilaiKetiga2 kegiatan tersebut beliau tunaikan sekaligus dg amat baik. Antara tiga itu, yg ketiga lebih menonjol dari yg lain. Alhamduilllaah hingga kini, pengaruhnya masih berterusan dan ribuan org telah dpt mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dg asbab usaha beliau.Dua bahagian yg pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kpd umat serta menerima pengiktirafan yg tinggi dan tdk terkira. Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dlm bidang pendidikan.
Dalam Bidang Pendidikan
Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325H hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yg telah menjadi guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan ramai lagi masyaikh lainnya.Setelah tamat belajar, beliau mula tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira2 54 tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab yang lebih tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah mengajarkan seluruh kitab yg diajar di madrasah tersebut.Beliau juga telah mengukir kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya, di antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dg lengkap sebanyak 16 kali.Ramai kalangan penuntut yg telah berjaya menamatkan pelajaran hadith melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian ramai pula yg meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat utk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat. Selain itu, ramai murid2 beliau yg telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yg hati sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah berbai’at melalui tangan beliau yg mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dg nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yg tinggi dlm ilmu ini.Sebahagian dari nama2 murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yg telah menjadi ulama-ulama yg masyhur adalah:
- Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi
- Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband
- Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar
- Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad
- Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum Karachi, Pakistan
- Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi
- Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi
- Maulana Muhammad Salman, pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Taqiyuddin, pengajar hadith
- Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon
- Termasuk ulama2 berikut (tambahan Aba ‘Izzat):
- Dr. Mustafa al-Siba’i
- Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah
- Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki
- Syaikh Muhammad Taha al-Barakati Dan masih banyak lagi nama2 lainnya hasil didikan dan ajaran beliau.
Jika semua nama2 itu dicatat disini, maka risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adl ulama yg masyhur diantara org2 besar dlm dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yg telah dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau.“Itulah keutamaan Allah Swt yg diberikan kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya”Bagi kami, para khadim dan pelayan beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri kami, bhw dlm masa yg amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata2 kerana Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pd masa permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana dipaksa oleh masyaikh madrasah. Namun pd keesokan harinya beliau telah pulangkan seluruh wang upahan itu kembali ke madrasah.Semoga Allah Swt memberi taufiq-Nya kpd kita semua utk mengikuti tauladan beliau yg suci lagi mulia.Mengenai hal ini dg lebih terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.
Dalam Bidang Penulisan
Penyusunan kitab serta mengarang juga adl satu bab dlm kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya masih melimpah hingga sekarang. Beliau mula berkarya dg menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.Kedua2 kitab tsb adl permulaan karya beliau. Oeh kerana sibuk beliau dg mendidik, mengajar dan tanggungjawab terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah setelah 50 tahun berlalu, kedua2 kitab tsb yg diberi judul, Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan.Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab2 pelajaran, kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh beliau utk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga Madrasah tsb mencapai darjat ilmiah yg tinggi yg istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau terhadap ilmu hadith. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pd martabat yg tertinggi sekali. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dg baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yg ternama.Kitab Awjazul Masalik (6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adl hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama kira2 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh2 ulama di Hijaz.
Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang yg berkata “seandainya pengarang kitab ini tdk menulis di dlm Muqaddimahnya bhw dia bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bhw penulis adl bermazhab Maliki kerana beliau dpt mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dpt mengumpulkan byk masalah2 fiqhiyyah mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tsb sukar utk ditemui dlm mana2 kitab mazhab Maliki sekalipun.”
Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab Saudi, penjaga Haramain – semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat berharap kpd syaikh agar kitab tsb dpt diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yg kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dg pembiayaan pribadinya.Demikian juga dg kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dlm bbrapa jilid. Semua kitab ini adl suatu khidmat beliau yg sangat agung terhadap hadith.Beliau sentiasa tekun apabila membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dg penemuan baru hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh beliau. Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan sementara yg lainnya masih dlm penerbitan. Semua judul dan keterangan karya beliau terhimpun dlm autobiografi beliau yg terkenal iaitu Aap Beti.Semua karya beliau itu amat bernilai dlm bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau telah menunaikan hak dlm bidang2 tsb dg cemerlang, seperti yd diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya dan susunan Syaikh benar2 mengandungi dua bahagian pokok:
1. Khusus dlm ilmu dan hakikat, serta
2. Murni mengandungi dakwah dan Islah Umumnya, seseorang yg mahir dlm bahagian pertama, ia tdk mahir dlm bahagian kedua. Dan jika ia mahir dlm bahagian kedua, ia tdk mahir dlm bahagian pertama. Dan seseorang yg sudah biasa dg bahagian kedua, maka ia tdk menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dlm bahagian pertama.Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya telah berjaya sempurnakan 2 bahagian tsb dlm setiap karyanya. Beberapa contoh beliau dlm bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh karya beliau terkumpu kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab Jame’ Shamail Tirmidzi dan Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].Judul dan kandungan risalah ini adalah berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dg kitab Fadhail Amal beliau, yg telah dikumpul dari semasa ke semasa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. telah menjawab semua surat2 pertanyaan dan kritikan tsb dengan mempamerkan kesabaran yg tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yg jitu. Dlm hal ini, dpt dijangka bhw Allah Swt telah kurnia dari khazanahNya bbrp bahagian kelembutanNya kpd beliau.
masya Allah
BalasHapusblogwalking gan...!!!!!
BalasHapusMasyaalloh Semoga Alloh swt Merahmati beliau amin :)
BalasHapus